Fungsi & Objektif Kementerian Komunikasi Malaysia

Fungsi

Merancang, melaksana, menyelaras dan menilai semula dasar dan program penerangan yang bertujuan meningkatkan penerimaan rakyat terhadap Wawasan 2020 serta merancang, melaksana dan menyelaraskan perkhidmatan pengurusan serta sistem penyampaian.

Objektif

  • Menyampai dan menyebar maklumat rasmi Kerajaan;
  • Menangani dan membanteras penyebaran berita palsu, fitnah, khianat, perkauman, dan khabar angin;
  • Membanteras penyebaran media akhbar serta media massa yang tidak sah dan dipercayai palsu;
  • Melaksanakan pembangunan teknologi digital, memperluaskan liputan jaringan telekomunikasi, dan mempertingkat mutu telekomunikasi dan multimedia negara;
  • Mengurus media massa dan maklumat Kerajaan;
  • Memperkasa transformasi media, telekomunikasi, teknologi baharu, dan multimedia yang berimpak tinggi untuk negara;
  • Menimbang dan meluluskan bahan promosi dan mesej Kerajaan;
  • Meluluskan hak penyiaran dan perluasan liputan saluran televisyen digital milik kerajaan dan hak milik swasta di Malaysia, termasuk saluran televisyen digital yang disahkan oleh pihak kementerian;
  • Meluluskan hak penyiaran radio milik kerajaan dan hak milik swasta di Malaysia, termasuk saluran radio yang disahkan oleh pihak kementerian;
  • Menimbang dan meluluskan iklan komersial untuk siaran radio dan televisyen milik Kerajaan;
  • Mempertingkatkan kemudahan telekomunikasi dan digital asas di kawasan luar bandar dan kawasan pedalaman;
  • Menentukan pihak-pihak yang akan mewakili kepentingan Kerajaan untuk mengendalikan perkhidmatan dan kemudahan penyiaran Kerajaan; dan
  • Merancang, melaksana, menilai dan merumuskan keberkesanan strategi penyebaran maklumat yang telah dijalankan berasaskan kajian-kajian tertentu secara saintifik dan sistematik.